Pergerakan kita senentiasa
diawasi sama ada oleh isteri, suami, anak-anak, saudara mara, handai taulan,
musuh, pihak lain atau pihak berkuasa. Pergerakan itu pula mula diawasi apabila
berlaku sesuatu isu sama ada yang
melibatkan perihal tingkah laku, tindakan negatif, masalah kewangan dan
persepsi serong terhadap seseorang. Pengawasan biasanya bukan hanya dilakukan
melalui intipan, risikan, penglihatan, pendengaran, soalselidik, tinjauan
tetapi ia juga melalui maklumat pihak kedua.
Tujuannya bagi menjustifikasikan
pengawasan tersebut.
Kadang-kadang pengawasan itu
dilakukan untuk tujuan pencegahan supaya kebobrokan tidak terjadi akibat
sesuatu malapetaka yang akan berlaku secara spontan tanpa dijangka atau ia
berlaku kerana direncanakan.
Perlakuan-perlakuan yang berlaku
secara spontan itu boleh terjadi sama ada perkara-perkara tersebut berunsur
baik atau sebaliknya. Dan memang ada sesuatu perlakuan itu dilakukan melalui
perancangan teliti oleh seseorang atau kumpulan dan kekadang sukar untuk
dibezakan di antara kebenaran tindakannya dengan kesalahan samar yang
dilakukannya.
Walau bagaimanapun, kita
senentiasa dalam pengawasan.
Bagi mengawasi pergerakan
seseorang atau kumpulan ada beberapa peralatan teknologi telah dibangunkan
untuk tujuan-tujuan tertentu terutamanya untuk tujuan pengawasan. Teknologi itu
pula dibangunkan dengan kos perbelanjaan
yang besar.
Antara medium yang digunakan
untuk tujuan pengawasan tersebut, adalah:
Bauan
Bunyian
Cctv
Coretan tangan
DNA
Emel
Facebook
Gelombang
Getaran
GPS
Imej
Internet
Isyarat
Jejak langkah
Jejari
Kad imbasan
Kamera
Komputer
Nada suara
Nafas
Pancaran
Peluh
Pengenalan kad
Penggunaan kod
Pesawat
Raut muka
Satelit
Sentuhan tangan
Susuk tubuh
Telefon
Dan banyak lagi dengan pelbagai
nama.
Awas! Pergerakan anda sentiasa
diawasi.