
Para penyelidik
sirah Rasulullah s.a.w. akan meneliti kepadanya bahawa dalam setiap langkah dan
pergerakan Rasulullah s.a.w. terdapat tanda-tanda dan unsur-unsur pengaturan rapi
dan bersistematik. Sebagai contoh mengenai perkara tersebut ialah peristiwa
hijrah Banginda s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq di mana jelas
beberapa segi penyususan kerja yang patut diberi perhatian, dikaji, diambil
iktibar dan dipupuk. Antaranya ialah:
1. Baginda s.a.w. menugaskan Ali bin Abu Talib mengambil
alih tempat Rasulullah s.a.w. di rumahnya
agar pihak musyrikin tidak mengesyaki sesuatu dan akan terjadi serba salah,
terpinga-pinga, ragu-ragu, memikirkan tentangnya sedangkan Rasulullah s.a.w.
pada ketika itu telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.
2. Baginda s.a.w. memilih Gua Thaur yang letaknya
bertentangan arah menuju Madinah kerana ia menanamkan kesan psikologi, panik, taktik
dan strategi, serba salah dan tidak dapat menjejaki pergerakan Nabi s.a.w..
Mereka akan beranggapan bahawa Nabi s.a.w. telah pun pindah atau sampai di
Madinah.
3. Baginda s.a.w. menugaskan Abdullah bin Abu Bakar
supaya membawa perkhabaran tentang apa juga peristiwa yang sedang berlaku di
Mekah.
4. Baginda s.a.w. menugaskan Asma binti Abu Bakar
menyedia dan membekalkan makanan.
5. Baginda menugaskan Amir bin Fuhairah supaya
memelihara kambing-kambingnya di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar
Baginda s.a.w. dapat memerah susu/minum susu dan juga jejak kesan tapak kaki
kambing-kambing itu dapat menghapuskan kesan tapak kaki mereka semasa
perjalanan ke Gua Thaur.
6. Baginda s.a.w. mengupah seorang musyrikin untuk
menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.
Daripada peristiwa tersebut
dapatlah kita rumuskan bahawa jika Nabi s.a.w. yang mendapat sokongan wahyu dan
dibimbing dengan hidayah Allah s.w.t. pun mengambil berbagai langkah tersusun
dan ikhtiar berani, maka bagaimana pula di kalangan kita yang langsung putus
dari wahyu di samping pelbagai ragam dan ketidakkeruannya yang dilakukan oleh pihak lawan. Bila kita
tidak melihat sirah Nabi s.a.w. dan berpedomankannya, tidak mengikuti jejaknya
yang boleh dijadikan sumber alat pandang dan dengar, maka bagaimankah kita, tidak
berfikir dan belajar daripada perancangan musuh yang teratur, rapi dan mampu
berbuat secara berdisplin, berperaturan dan terorganisasi.
Sesungguhnya usaha membina
kekuatan fizikal, mental dan kemudahan mendapatkan peluang kejayaan amat
penting. Ia adalah merupakan fardu dalam agama, koperasi atau organisasi yang
tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh ditiadakan.
Firman Allah s.w.t.
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya". ( Q.S. Al-Anfaal: 60 )