Psikiatri adalah satu ilmu yang
mempelajari rawatan gangguan fikiran dan tingkah laku. Psikiatri biasanya
didefinisikan sebahagian daripada diri seseorang yang merangkumi:-
1)
Fikiran
2)
Perasaan
3)
Fungsi kemahuan
4)
Bisikan
5)
Ragu-ragu
Oleh itu, gangguan psikiatri
terjadi apabila terdapat gangguan-gangguan di atas.
Maka pesakit psikiatri, boleh
dikenali melalui gejala beriku:
1) Pada paranoid menjelaskan bahawa pesakit tersalah fikir
yang ia sentiasa dihantui oleh perasaan curiga, takut dan tidak percaya kepada
orang lain bahawa setiap orang berniat buruk terhadapnya.
2) Pada psikosis manik depresif menyatakan bahawa pesakit
menjadi tidak berjaya oleh perasaan murung yang berterusan.
3) Pada skizofrenia menghuraikan bahawa pesakit tidak
aktif, tidak berkesan dan kurang kemahuan.
4) Pada orang awam bertanggapan pesakit meluahkan perkataan
dan tindakan berdasarkan pengalaman silamnya, melontarkan fikirannya tanpa
keraguan di antara kebenaran dan khayalan dan akan bertindak agresif jika tiada
kawalan.
Bidang psikiatri ini bukan hanya
diambil berat oleh ahli psikiatri sahaja
tetapi kemahiran tersebut wajar dimiliki oleh para doktor di samping
pengetahuan asas diketahui oleh orang ramai.
Para doktor yang berkemahiran
perlu mengambil berat berkaitan dengannya. Daripada pengalaman, hanya sebahagian kecil daripada pesakit dalam
masyarakat mendapat rawatan ahli psikiatri.
Pesakit yang mengalami gangguan
emosi lebih cenderung kerap bertemu dan berunding dengan doktor mereka
berbanding dengan pesakit fizikal. Mereka mengadu berbagai-bagai simptom
penyakit. Kesannya, mereka akan dirujuk ke berbagai klinik pakar untuk disiasat,
diperiksa dan sering terpaksa mengalami pembedahan kecil atau pembedahan besar
tanpa menghasilkan apa-apa faedah. Perkara ini menyebabkan kerugian masa kepada
kedua-dua pihak: doktor dan pesakit yang sepatutnya dapat dihindari jika gangguan psikologi telah
dikenalpasti pada tahap awal. Para doktor dan orang awam perlu mengetahui dan
mempunyai kemahiran dalam bidang psikiatri, ialah kerana sering gangguan
fizikal dan psikiatri terjadi kepada pesakit yang sama.
Menjadi keutamaan kepada para
doktor untuk mengetahui, berkemahiran dan sikap profesional yang sesuai untuk
menyediakan perawatan psikiatri yang mencukupi merupakan sebahagian daripada
kelengkapan klinikal mereka.
Antaranya, mereka mestilah
mengetahui:-
1)
Simptom-simptom
2)
Tanda-tanda
3)
Sindrom dalam psikiatri
4)
Rawatan psikologi farmakologi
5)
Rawatan fizikal yang berkesan.
Kepada orang awam dan terutamanya
para doktor, kemahiran asas adalah untuk
mendapatkan rawatan pesakit dan dapat memeriksa keadaan mental. Kemampuan
teknikal ini membolehkan doktor itu menenagkan ciri-ciri klinikal gangguan
psikiatri pesakit.
Siapa dirawat, mengapa dirawat, bagaimana
merawat, di mana dirawat dan kenapa dirawat adalah beberapa persoalan. Yang
penting ialah jangan mengambil masa yang lama untuk bertindak. Aset yang
berharga dan terbiar jika tidak dimanfaatkan amat merugikan. Ambil inisiatif
untuk memulihkannya. Bertindak segera sebelum terlambat.
Adakah kita perawat atau dirawat?
Kita nantikan jawabannya ya.
![]() |
Gambaran hiasan |
![]() |
Gambar hiasan |
![]() |
Gambar hiasan |
![]() |
Gambar hiasan |
![]() |
Gambar hiasan |