Tahun 2014 melangkah menghampiri kita. Manakala tahun 2013 akan
melabuhkan tirainya. Tempoh peralihan tahun
mengingatkan tentang umur kita yang semakin pendek sesingkat waktu
pagi menjelangnya waktu petang.
Perubahan masa:
saat, jam, hari, bulan dan tahun memberi
isyarat bahawa kita sebenarnya memerlukan persediaan untuk menghadapi saat yang mencabar yang kita tidak ketahui ketibaannya.
Perlukah kita berubah?
Bila?
Bertaubat?
Marilah kita berubah
daripada baik kepada terbaik.
Kawan-kawan kita telah
menyediakan persiapan untuk menghadapi ‘bahaya luar jangka’.
Mereka bersiap sedia
menghadapi bencana alam seperti: banjir, taufan, tsunami, gempa bumi dan wabak.
Mereka juga bersiapsiaga
dalam pertahanan negara.
Mereka berusaha membina
kekuatan di daratan, lautan dan udara.
Mereka memaksimumkan penggunaan teknologi.
Mereka garap kepakaran anak watan untuk menjulang kejayaan.
Mereka boleh bertahan jika
diserang oleh pengganas.
Pertahanan kita bagaimana?
Selamat tahun 2014