“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fussilat: 30)

Saturday, 7 December 2013

Islam Agama Benar



Islam agama benar. Kebenarannya ada pada Rasulullah s.a.w. dan seluruh orang-orang beriman yang berdiri teguh di atas jalan dan petunjuknya setelah Allah s.w.t. mengisi hati mereka dengan dalil-dalil bukti yang jelas nyata. Kemudian mereka berdakwah secara terang-terangan dengan segala kemampuan dan kesanggupannya yang diajarkan oleh Allah s.w.t.




A158
A159

“Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). ( Q.S. Al-An'aam: 158-169 )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Islam Agama Benar
    Kelembapan Kejayaan
    Organisasi Wajar Diperkukuhkan
    Dakwah Yang Diredhai
    Panglima Memahami Kelibat Musuh
    Menuju Kejayaan
    Pesanan Kepada Penyokong Kesesatan
    Ucapan Presiden Selepas Rampasan Kuasa


    more free widgets

    more free widgets
    blink