“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fussilat: 30)

Tuesday, 29 January 2013

Ketumpatan Air Berbeza




Air laut, walaupun sifatnya larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang ‘memisahkan’ antara dua laut, adalah satu penemuan dalam satu kajian ilmu alam lautan. Dari penemuan tersebut satu daya fizikal yang dipanggil ‘ketegangan permukaan’ (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.

Firman Allah Taala:


A061



“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.” (Q.s.An-Naml: 61)


A020A019

                   
“Ia  biarkan  air  dua   laut ( yang  masin  dan  yang  tawar ) mengalir,  sedang  keduanya pula bertemu, di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.” (Q.S. Ar-Rahman: 19-20)


A053



"Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." (Q.S. Al-Furqan: 53)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Islam Agama Benar
    Kelembapan Kejayaan
    Organisasi Wajar Diperkukuhkan
    Dakwah Yang Diredhai
    Panglima Memahami Kelibat Musuh
    Menuju Kejayaan
    Pesanan Kepada Penyokong Kesesatan
    Ucapan Presiden Selepas Rampasan Kuasa


    more free widgets

    more free widgets
    blink