Marilah tuan/puan kita bersama-sama berdoa memohon kepada suatu keberkatan dan keazaman yang padu supaya dapat akal, fikiran dan hati naluri kita berdampingan dengan amalan-amalan praktikal yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para penganutnya sehingga akhir zaman.
Doa
Akhir Tahun
Doa
Akhir Tahun dibaca 3 kali selapas salat Asar pada akhir waktunya atau sebelum
masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat
Perlindungan Allah s.w.t. dari fitnah, tipu daya syaitan dan mendapat keampunan
dosa yang lalu, Insya Allah.
Allah s.w.t berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan
tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan
kesejahteraan ke atas mereka.
Doa
Awal Tahun
Doa
Awal Tahun dibaca 3 kali selepas salat Maghrib pada malam 1 Muharram ( malam ini ). Barangsiapa
membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas salat rowatib ba’diyyah Maghrib pada
malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk
melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang
mendatang.
Allah s.w.t. berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia.
Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.