Maulid Rasul 1434 diraikan dengan penuh keceriaan. Keceriaan yang sedia ada itu wajar dikekalkan supaya ia menjadi contoh teladan kepada kita bersama. Keceriaan juga bermakna bahawa kita hidup mengharapkan keberkatan Allah s.w.t. Keberkatan yang jauh lebih baik daripada segala-galanya.
Apabila kita membicarakan tentang keberkatan marilah kita intai dan selami apa yang diperlukan untuk mengisi ruang keberkatan tersebut. Ia bukan hanya bermain-main dibibir sahaja tetapi apa yang penting ialah penglibatan seluruh umat Islam untuk memperolehi keberkatan itu.
Jika kita perhatikan senario yang berlaku di luar negara; pelbagai ragam yang kita lihat, mereka yang kuat akan menggunakan kekuatannya, yang berharta akan menggunakan kekayaannya untuk mengguna dan mengikat tali persahabatan dengan kawan-kawan yang boleh dikongsi masalah bersama, yang lemah mengharapkan simpati dan bantuan kemanusiaan manakala yang mempunyai kekuatan iman mereka berusaha, bekerja, berikhtiar dan akhirnya bertawakal kepada Allah.
Marilah bersama-sama merafakkan doa kesyukuran memohon kepada Allah s.w.t. supaya hati kita, fikiran kita dan tindakan kita digerakkan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya serta tidak berpaling kepada sesuatu kecuali Allah Rabbul Jalil setiap saat.
Salam Maulidur Rasul 1434
Pengerusi