Abdullah
bin Mubarak sampai di Damsyik. Beliau tidak berlengah-lengah terus bertanyakan
kepada orang yang ditemuinya di kota tersebut
tentang seorang tukang kasuk yang bernama Muwaffaq. Beliau mencari Muwaffaq
berdasarkan mimpi ketika beliau tertidur di Masjidil Haram tempoh hari.
Beliau
menemui rumah tukang kasut. Tujuannya adalah untuk mengetahui tentang amalan
yang dilakukannya sehingga pada tahun tersebut tiada seorang pun diterima
amalam haji mereka kecuali seorang insan yang bernama Muwaffaq. Dan amalannya
itu telah mengkafarahkan ke semua amalan jemaah haji tahun itu untuk diterima
oleh Allah s.w.t.
Apabila
samapai di rumah tukang kasut, maka Abdullah
ibnu Mubarak memberi salam sambil mengetuk pintu rumahnya. Pintu rumah
terbuka. Sebatang tubuh lelaki ceria dan berhemah keluar berdiri di muka pintu.
“Assalamualaikum,”
salam Abdullah memulakan bicara.
“Walaikum
wassalam,” jawab lelaki itu.
“Apa
nama saudara,” tanya Abdullah.
“Nama
saya Muwaffaq,” jawab lelaki yang bermuka manis dan berseri-seri itu.
“Bolehkah
saya bertanyakan sesuatu kepada tuan?” Soal Abdullah.
“Boleh,”
jawab lelaki itu lagi.
“Tolong
terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga meliputi
darjat yang tinggi?” tanya Abdullah lagi.
“Sebenarnya
aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat
menunaikan haji. Tiba-tiba dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham
dari kerja menampal kasut. Lalu aku niatkan untuk berhaji pada tahun ini,”
jelas Muawaffaq memberitahu Abdullah
niat sucinya itu.
“Suatu
hari isteriku terhidu bau masakan
makanan dari rumah jiranku. Dia ingin memakan makanan yang terbau itu kerana
isteriku sedang hamil (mengandung), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku
ketuk pintu rumahnya. Kemudiaan keluar sang wanita. Maka aku pun beritahu hajat
isteriku itu kepadanya,” terang Muawaffaq dengan perasaan terharu.
“Oleh
kerana kamu tidak tahu maka aku terpaksa memberitahumu. Sebenarnya, anak-anak
yatimku sudah tiga hari tidak makan oleh itu akau keluar mencari makanan.
Ketika akau mencari makanan makanan aku bertemu dengan bangkai himar. Maka aku
potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk
kami dan haram untuk kamu,” beritahu wanita itu dengan ucapan yang fasih dan
dengan keyakinan mutlak kepada Allah s.w.t..
“Apabila
aku mendengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan
mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu akau berikan kepada wanita itu dan
aku katakan kepadanya: “Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu.
Dan
aku berkata pada diriku:
“Hajiku
di muka pintu rumahku (rumah jiranku). Maka ke manakah aku akan pergi?” Beritahu muwaffaq dengan
rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t..
Wahai
saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi Dia
memandang pada niat yang suci yang kita niatkan.
Pernah
seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w. supaya menunjukkan
kepadanya tentang amal perbuatan yang apabila dilakukannya menjadikan merupakan
beliau masuk ke syurga.
Rasulullah
s.a.w. memberi nasihat supaya menjadi seorang yang baik.
Sahabat
yang meminta nasihat itu meminta penjelasan bagaimana dia tahu bahawa ia telah
melakukan kebaikan.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Tanyalah
pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu, kalau
mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.”