Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai gaya pemikiran dan kefahaman yang akhirnya lahir pelbagai aliran pemikiran.
Ada pemikiran yang bersumberkan al-Quran dan Hadis, ada pemikiran bersumberkan dua perkara di atas dan ditambah pula dengan mantiq, ada pula pemikiran yang diperbaiki sumber di atas tetapi mengalami sakit dan ada golongan yang tidak menggunakan sumber di atas hanya berdasarkan adat dan cara berfikir semasa.
Oleh itu wajar diteliti keperluan untuk mendidik anak bangsa supaya mereka tidak terpesong daripada landasan Islam yang jelas dan boleh dijadikan pegangan.
Supaya keseimbangan oleh anak bangsa menurut kaedah dan menurut asasnya agar mereka terlepas daripada penyelewengan fakta dan data oleh golongan penyeleweng.
Dengan itu memudahkan anak bangsa membezakan antara yang benar dan salah dan akhirnya orang ramai tidak tertipu.
Manakala masa dan tenaga kita tidak perlu dibazirkan untuk melayan kerenah golongan penyeleweng yang bersekongkol dengan pengganas.
Kita tidak mahu bahawa golongan penipu menggunakan medium Islam sebagai pentas tempat menguji kepekaan umat Islam.
Kita berharap bahawa kebaikan yang telah ditaburkan oleh generasi terdahulu untuk kebaikan mereka (Islam) menjadi sebutan dan ikutan hingga ke hari ini.