Perkara kecil atau apa sahaja yang belum dilaksanakan dan tidak
tersusun belum boleh dikatakan berjaya selagi ia tidak dirancang secara
teratur. Manakala perkara-perkara berskala besar terkadang tersasar dan lenyap jika tidak tersusun perancangannya. Sebaliknya kerja-kerja kecil yang teratur dirancang boleh melaksanakan kerja yang hebat-hebat.
Umpamanya menanam di kebun, menternak di kandang, menangkap
ikan di laut, kerja bina rumah, membina
sekolah, hospital, membuka kedai, kerja-kerja
pendawaian elektrik, membaiki kereta atau sebagainya daripada kerja yang
sederhana perlu kepada perancangan dan penyususan gerak kerja. Kerja-kerja
tersebut perlu dirangka, mengatur dan menghadkan tanggungjawab, menentukan
ketua projek dan penyelia kerja dan seterusnya juru pemasaran barang-barang dan
sebagainya.
Jika kerja-kerja koperasi yang
skopnya besar, medannya luas dan
jurusannya terlalu banyak, sasarannya besar, taktik persaingan dan tipu helah pesaing yang
membuat pakatan jahat pun tidak kurang jumlahnya. Oleh itu semua kerja-kerja
koperasi memerlukan adanya perancangan yang teratur. Apabila melepasi
halangan-halangan yang kecil maka kejayaan tersebut akan membuahkan pencapaian
yang lebih besar.