“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Q.S. Fussilat: 30)

Saturday, 13 October 2012

Keseimbangan Dalam Al-Quran




Dalam  kehidupan  kita  perlu   ada   keseimbangan.   Beberapa   contoh  ayat   Al-Quran  yang menunjukkan perlu diwujudkan keseimbangan dalam pelbagai lapangan, dalam semua urusan dan semua perkara yang menjadi perbincangan dan perdebatan.

Dalam sesuatu perkara mesti ada keseimbangan antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat, walaupun diakui bahawa kecilnya nilai dunia ini jika dibandingkan dengan nilai di akhirat sana.

Firman Allah s.w.t.:


A077


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. " ( Q.S. Al-Qasas: 77 )

Firman Allah s.w.t.:
   

A177


"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." ( Q.S. Al-Baqarah: 177 )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • Islam Agama Benar
    Kelembapan Kejayaan
    Organisasi Wajar Diperkukuhkan
    Dakwah Yang Diredhai
    Panglima Memahami Kelibat Musuh
    Menuju Kejayaan
    Pesanan Kepada Penyokong Kesesatan
    Ucapan Presiden Selepas Rampasan Kuasa


    more free widgets

    more free widgets
    blink