Zulaikha berjalan-jalan di
anjung istana. Menoleh ke sana sini. Seorang hamba segera menghampirinya.
“Apa yang puan mahu?” Tanya
hamba itu tanpa mengangkat kepalanya.
“Mana Yusuf?” Tanya Zulaikha
kembali.
“Yusuf telah keluar ke pasar,
puan!” jawab hamba itu.
Zulaikha seorang wanita
lembut. Hidup dalam kemewahan dan kekayaan. Menjadi isteri kesayangan seorang
pemimpin Mesir. Ketua Menteri. Sejak melihat Yusuf, beliau tidak sanggup
berpisah dengannya lagi. Yusuf adalah kesayangannya.
Yusuf datang berlari-lari
kearah Zulaikha. Wajahnya bercahaya. Hati Zulaikha kembali tenang, sebaik
sahaja melihat Yusuf.
“Ke mana Yusuf pergi?”
“Ke pasar,” Yusuf memberitahu Zulaikha
sambil menunjukkan barang yang dibelinya.
Zulaikha membelek-beleknya.
“Ini adalah benda suci yang
diletakkan di atas hati mayat.”
“Apa yang tertulis di
atasnya?”
“Wahai hati janganlah engkau
menjadi saksi kepadaku.”
“Bila hati boleh menjadi saksi
ke atasnya?”
“Selepas mati, ketika mereka
dihukum di hadapan mahkamah Azris, Tuhan kepada orang yang telah mati.”
Zulaikha mengajak Yusuf duduk
di sampingnya. Zulaikha kemudiannya mengambil sehelai kertas yang diperbuat
daripada pokok bardi. Di atas kertas tersebut terlukis gambaran sebuah mahkamah
dan kata-kata yang menyatakan kebersihan orang yang mati.
“Bukankah ini penebus dosa
bagi setiap orang?”
Zulaikha hanya tersenyum.
“Setiap orang yang bersalah
walau bagaimanapun besar kesalahannya, boleh membeli kertas ini. Apabila mereka
menulis nama mereka di atasnya, mereka akan kembali bersih daripada segala
dosa.”
Zulaikha merenung Yusuf.
Perasaan sayang bercampur-baur dengan rasa ghairah yang semakin menggetarkan
jiwanya. Yusuf tunduk malu menentang mata Zulaikha.
“Apakah agama yang dianuti
oleh orang Mesir ini mempercayai bahawa hanya mereka sahaja bangsa manusia?”
Tanya Yusuf sambil memalingkan wajahnya.
Zulaikha menghampirinya.
Lengannya dihulur memeluk Yusuf dari belakang. Kertas itu dibuka.
“Ini adalah gambar mahkamah
Azris. Di tengah-tengahnya ialah timbangan. Tuhan Anubis yang berkepala
serigala akan memusingkan timbangan dari kanan. Di belakangnya ialah Tuhan
Tahut, Tuhan bijaksana tuhan berkepala anak lembu (Abis). Tugasnya
ialah mencatat hukum yang diputuskan oleh mahkamah. Ini, di atas bahagian kanan ini ialah multahamah. Bentuknya
bujur. Ia menunggu kedatangan roh yang jahat apabila mahkamah mengeluarkan
hukum menghina ke atas roh itu. Ini! Yang terletak di kiri neraca dipanggil
al-qadar. Yang di belakang ialah tuhan-tuhan kelahiran.” Zulaikah meletakkan
satu di tapak tangan kanannya.
“Apa maksud bulu ini?”
“Lambang kebenaran dan
keadilan.”
“Apakah makna tulisan di atas
neraca timbangan ini?”
“Ia adalah dosa-dosa mayat
agar hatinya tidak mengkhianatinya.”
Zulaikha membuka lembaran
kertas yang lain pula.
“Lihat ini Yusuf!” kata
Zulaikha.
“Apa ini?” Tanya Yusuf.
“Gambar seorang mati dipimpin
setelah suci daripada dosa di hadapan Azris. Mahkamah memutuskan dia telah
bersih daripada dosa-dosa besar. Orang mati ini sedang dipimpin oleh Hur
menghadap ayahnya, Azris. Tuhan yang agung,” terang Zulaikha.
“Mengapa Azris memakai baju
hijau?”
“Kerana Azris adalah Tuhan
kesuburan.”
“Dia berbentuk mumia.”
“Kerana sebelum ini ia telah
mati kemudian dihidupkan semula untuk menghitung orang yang telah mati.”
“Seperti Tuhan Ba’al,” katanya
dengan ragu.
“Ba’al? Tuhan orang Babil?”
“Mereka menyembah Ba’al di
Babil. Di Syria, penduduknya mempercayai Ba’al telah dijadikan tawanan ketika
dia menjadi raja di dunia.