Pada tahun 2003, beberapa sahabat meminta saya mewujudkan satu koperasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh rakan-rakan yang prihatin. Mereka mengharap koperasi dipimpin secara kolektif dan berazam menjayakannya. Melalui koperasi, kata mereka dapat membantu menyelesaikan permasalahan sebahagian keperluan asas hidup rakan-rakan, kerana ketika ini sebahagiannya hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada bantuan Daruzzakah dan Jabatan Kebajikan.
Cetusan daripada idea tersebut, dan mengambilkira
keperluan semasa, beberapa rakan-rakan menjalankan pertanyaan rambang untuk
mengenalpasti keperluan koperasi. Keputusannya ya, ramai bersetuju.
Walaupun, perjalanannya masih jauh, tetapi permulaannya
mestilah dimulakan.
Maka pada hari ini 23 Jun 2012 (hari Sabtu)
bersamaan Syaaban 1433H, mesyuarat
permulaan koperasi telah di adakan di
Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 63 orang.
Segala teka-teki tentang koperasi telah terjawab.
Koperasi yang dibentuk diberi nama: "Koperasi Insan Mulia Kuala Lumpur
Berhad".
Moga-moga kehadiran rakan-rakan semua membawa tuah kepada
kita semua. Amin.